Kemahiran berfikir aras tinggi dalam buku teks Pendidikan Moral Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil [Higher order thinking skliis in the Moral Education text book for year five Tamil National Type Schools]
Keywords:
Buku Teks, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Metodologi Hermeneutik, Pendidikan Moral, Higher Order Thinking Skills, Hermeneutic Methodology, KSSR, Moral Education, TextbooksAbstract
Kedudukan rendah Malaysia dalam TIMSS dan PISA mendedahkan kelemahan murid dalam menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) akibat kurikulum yang terlalu menekankan hafalan. Senario ini menyumbang kepada masalah disiplin dan konflik moral murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) berikutan ketidakupayaan mereka membuat pertimbangan moral secara rasional. Kajian ini dijalankan untuk: (i) mengkaji bahan rangsangan konsep nilai yang mengandungi unsur KBAT; (ii) menganalisis aktiviti pengayaan, pemulihan, dan pengukuhan; (iii) mengkaji aspek penilaian buku teks; dan (iv) menyiasat pelaksanaan unsur KBAT oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian kes kualitatif ini menggunakan kaedah hermeneutik bagi menganalisis kandungan 14 unit buku teks Pendidikan Moral KSSR Tahun 5 SJKT, serta mengutip data lapangan melalui pemerhatian tidak turut serta dan temu bual separa berstruktur kumpulan berfokus dengan enam orang guru di Jempol, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan buku teks Pendidikan Moral Tahun 5 SJKT kurang memberi pendedahan KBAT, di mana aras menganalisis hanya dikesan dalam bahagian konsep, pengukuhan, dan pemulihan, manakala aras tersebut tidak sesekali digunakan dalam bahagian pengayaan dan penilaian. Seterusnya, pelaksanaan guru di bilik darjah turut terjejas akibat kurangnya sokongan praktikal, kekangan jadual, serta kelemahan soalan rangsangan buku teks. Kesimpulannya, penggubal kurikulum dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu merangka skop penulisan buku teks yang lebih seimbang serta menyediakan latihan pedagogi KBAT yang lebih praktikal kepada guru bagi memastikan modal insan yang holistik dapat dilahirkan.
Malaysia's low ranking in TIMSS and PISA exposes students' weaknesses in mastering Higher Order Thinking Skills (KBAT) due to a curriculum that overemphasizes rote learning. This scenario contributes to disciplinary issues and moral conflicts among Tamil Vernacular Primary School (SJKT) students because of their inability to make rational moral judgments. This study was conducted to: (i) examine textbook stimulus materials in value concepts containing KBAT elements; (ii) analyze enrichment, remediation, and reinforcement activities; (iii) study textbook assessment aspects; and (iv) investigate the implementation of KBAT elements by teachers during the teaching and learning (PdP) process. This qualitative case study utilized the hermeneutic method to analyze the content of 14 units of the KSSR Year 5 SJKT Moral Education textbook, alongside collecting field data via non-participant observations and semi-structured focus group interviews with six teachers in Jempol, Negeri Sembilan. The findings indicate that the Year 5 SJKT Moral Education textbook lacks KBAT exposure, where the analytical level was only detected in the concept, reinforcement, and remediation sections, but was completely absent in enrichment and assessment components. Furthermore, classroom implementation by teachers is hindered by a lack of practical support, tight schedules, and weak textbook stimulus questions. In conclusion, curriculum developers and Dewan Bahasa dan Pustaka must design a more cognitively balanced textbook framework and provide practical KBAT pedagogical training for teachers to foster holistic human capital.
References
Abdullah, A., & Yunus, M. (2018). Cabaran guru dalam melaksanakan pembelajaran nilai moral berasaskan KBAT. Jurnal Kurikulum Malaysia, 3(2), 112–125.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Elemen KBAT dalam sumber. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/penerbitan_dan_jurnal/kbat/Elemen%20KBAT%20Dalam%20Sumber.pdf
Balakrishnan, V. (2023). Pendidikan Moral di Malaysia: Satu refleksi. Universiti Malaya.
Chandrasakeram, B. (2021). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam bandar Seremban. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 150–156. https://doi.org/10.33306/mjssh/171
Chandrasakeram, B. (2022). Teknik pengajaran Pendidikan Moral di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam bandar Seremban. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 58–62. https://doi.org/10.33306/mjssh/214
Chelvi, S. (2023). Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah: Satu kajian tindakan [Tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). SAGE Publications.
Chong, K. L., & Mahamod, Z. (2020). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam buku teks bahasa. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 34–45.
Enderani, N. (2005). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral: Satu kajian kes di sekolah menengah di Selangor [Tesis sarjana tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral KSSR, Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Muhammad Raflee, S. S., & Halim, L. (2021). The effectiveness of critical thinking in improving skills in KBAT problem solving: Keberkesanan pemikiran kritis dalam meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah KBAT. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 60–76. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.6.2021
Muniandy, K., Gurusamy, V., Mohiuddin, A., & Munusamy, P. (2025). Pemahaman guru terhadap kaedah simulasi penerapan amali sivik modul exemplar Pendidikan Sivik tahap 1 Pendidikan Moral. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 95–111. https://doi.org/10.33306/mjssh/310
Reduzan, N. H., Yusof, A., Mohd, M. R. I. S. R., & Husin, H. R. (2019). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam karangan. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(1), 27–34. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/5924
Seif, A. (2012). Pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar: Implikasi terhadap pengajaran Pendidikan Moral [Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Thambu, N. (2014). Penggunaan Teater Forum dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah [Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Thambu, N. (2024). Kompetensi dan kekangan guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah. Asian Pendidikan, 4(1), 23–24.
Thambu, N., Naidu, N. B. M., & Othman, M. A. (2018). Pemerkasaan pedagogi kritis untuk menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui teknik Teater Forum dalam kalangan murid Pendidikan Moral di sekolah menengah [Monograf tidak diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Published
Abstract Display: 0
PDF Downloads: 0 Issue
Section

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










This work is licensed under a